My schedule this week~

12/04/2013 ~ Check in Rumbia Resort, Paka

13/04/2013 ~ Cycling in Kerteh

14/04/2013 ~ Dialog with Petronas Gas Berhad, Kerteh

15/04/2013 ~ Director General visit

Wednesday, December 19, 2012

Happy Birthday!!...

As salam & morning to all my readers...
For your information..uhuk..uhuk..uhuk..
Semalam 18/12 adalah hari lahir aku yg ke XX..
uhuk..uhuk..uhuk..(sambil tutup mulut)

Ucapan yg teristimewa, mestilah ahlia aku..hehehe
Mak & family dan mak & family mertua..

2 hari sebelum birthday aku, ahlia dah masak nasi minyak..
Wow!!..feveret aku tuuuuuu..
Birthday plak, masak nasi ayam...
pastu, layanan "istimewa" plak...
jeng3x..korang jgn pikir yg bukan2 plak..
TQ cyg..
Hadiah birthday aku ialah anak yg bakal lahir nnti..

************
p/s~TQVM kpd semua yg bg ucapan kat aku..


Sunday, December 16, 2012

My 1st baby...

As salam & morning to all my readers..
This week, ahlia hampir nak masuk minggu ke-14 hamil..
Dah rasa kurang alahan sikit..
Alhamdulillah..

Dulu ahlia tak boleh bau makanan berminyak..
Dia asyik rasa nak muntah je..
Selalu mengadu pening2..
Sampai aku pun jadi pening..
maklum lah, anak pertama..
xde pengalaman lagi..

Bila tgk pengorbanan ahlia, aku makin syg kat dia...
Chewahhhh!!...serius la.
**************
2 minggu lepas, ada jemaah masturat datang ke kawasan rumah aku..
Aku cuba pujuk ahlia utk join program mereka..
Mula2 tgk mcm x sanggup nak pujuk..
Bila tgk dia pening2 & muntah2..
Tapi, dia adalah tanggungjawab aku..
Aku cuba lah pujuk gak..
Kalau dia xnak ikut, aku x kisah pun..

Mula2 dia xnak pegi sebab dia x suka dgr kuliah agama..
Adohai....
Bila aku cakap "Abg jeles tgk bini kwn2 abg dpt join, Abg teringin nak join dgn ahlia ke program tu"
Terus ahlia nak pergi..
Aku tahu ahlia sgt cintakan aku..

Bila tgk pengorbanan ahlia, aku makin syg kat dia...
Chewahhhh!!...serius la.
Semoga Allah SWT pilih aku & ahlia & keluarga ku lagi..
Amin
****************
Aku nak tahu perkembangan anak aku..
Kat bawah ni, aku copy paste kat blog org lain..

PERKEMBANGAN JANIN

Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim. 

Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida. 


Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium. 

Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat. 


Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung. 

Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas. 


Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung) 

Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan. 


Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. 

Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat. 


Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan. 

Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral. 


Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk. 

Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan. 


Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya. 

Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih. 


Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. 

Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda. 


Perkembangan Bayi Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. 

Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. 


Perkembangan Bayi Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu. 

Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. 


Perkembangan Bayi Minggu 12
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. 

Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya. 


Perkembangan Bayi Minggu 13
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti. 

Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. 


Perkembangan Bayi Minggu 14
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. 

Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami. 


Perkembangan Bayi Minggu 15
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. 

Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. 


Perkembangan Bayi Minggu 16
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. 

Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah. 


Perkembangan Bayi Minggu 17
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. 

Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa. 


Perkembangan Bayi Minggu 18
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat. 

Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih. 


Perkembangan Bayi Minggu 19
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul. 

Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. 


Perkembangan Bayi Minggu 20
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. 

Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng. 


Perkembangan Bayi Minggu 21
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya. 

Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. 


Perkembangan Bayi Minggu 22
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar. 

Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah. 


Perkembangan Bayi Minggu 23
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu. 

Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum tidur. 


Perkembangan Bayi Minggu 24
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran. 

Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda. 


Perkembangan Bayi Minggu 25
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu. 

Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran. 


Perkembangan Bayi Minggu 26
Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. 

Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat. 


Perkembangan Bayi Minggu 27
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa 

Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. 


Perkembangan Bayi Minggu 28
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. 

Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. 


Perkembangan Bayi Minggu 29
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. 

Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini. 


Perkembangan Bayi Minggu 30
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. 

Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. 


Perkembangan Bayi Minggu 31
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap. 

Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. 


Perkembangan Bayi Minggu 32
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. 

Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. 

Perkembangan Bayi Minggu 33
Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. 

Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. 


Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. 

Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini. 


Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. 

Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. 


Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. 

Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. 


Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. 

Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. 


Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. 

Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. 


Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. 

Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan. 


Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.


Tuesday, November 27, 2012

Web analysis??

Assalamualaikum & morning guys...
Pagi td, aku ter "click" satu website..
Then, display on my PC kat bawah ni..

Tapi...
Masalahnya aku kurang faham..
Maksud rating star 3/5 tu??
SEO score 67.5% tu apa?

Kalau sesapa yang tau, boleh lah explain kat aku..
TQVM

**********************
p/s~ Aku tak tahu, aku bertanya kepada org yg taw..

Monday, November 26, 2012

My life after married

 Assalamualaikum to all my readers..
Dah lama x mengupdate blog lepas kahwin..
Biasa la, kehidupan lebih sibuk tapi bermakna, heheheh..
(Korang jgn fikir yg bukan2)

Aku banyak menghabiskan masa bersama isteri aku..
Lepas balik keje, aku xkan sia-sia kan dia..hehehe..
Lepas solat maghrib, kami baca Al-Quran bersama..
Lepas solat Isyak, aku bacakan hadis2 & kisah para sahabat..
Begitulah kehidupan aku sejak kahwin hingga kini..
Aku harap dapat dikekalkan sehingga akhir hayat..
Aku rasa amat terharu. bila isteriku membacakan hadis2 & kisah para sahabat..
Semoga dia dapat membacakan hadis2 & kisah para sahabat bersama2 anak2 kami nanti..
huhuhuhu...
Alhamdulillah, isteri aku disahkan hamil hampir 10 minggu..
Aku lah orang yg paling bahagia bila dengar berita ni...
YESSS!!!!!...
Terbukti kelakian ku...hahahaha.

Aku doakan semoga isteri aku tabah semasa hamil...
Love u much...

***************************
p/s~Bila isteri hamil, suami makin sayang....hehehe
(itulah pesanan mak mertua ku)



Wednesday, September 26, 2012

Dia Isteri Ku

As salam semua....
Dah lama x update blog...
Sbb 1/9/12 aku telah menikah di majlis pihak pompuan..
8/9/12 plak majlis pihak laki2..
So, aku dah sah bergelar suami..hehe..


Dalam hidup suami isteri, mesti ada masa hepy & bergaduh..
Bak kata P. Ramlee...
 "Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri"
Aku menjadi lebih matang & semakin syg pd isteri aku..

Di antara babak yg buat aku suka bila bersama dgn isteriku :-
1) Tiap kali makan & minum bersama.
2) Isteri menyelimutkan badan aku semasa tidur. Best giler..
3) Solat bersama especially tahajud.
4) Belajar quran tiap2 malam.
5) Baca hadis & kisah2 sahabat tiap2 malam.
6) Bermaafan sebelum tidur.

********************
Andai isteriku baca entry ini, aku nak bgtaw pd dia..
"Abg sayang kamu selamanya"

Thursday, August 16, 2012

Eid Mubarak 2012

As salam to u guys..
Sempena menyambut bulan Syawal yg mulia ni..
Aku nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Maaf Zahir & Batin..
Eid Mubarak..

My advise in Hari Raya..
Drive ur car carefully..
Peace...

Tuesday, August 14, 2012

New Comer in My Family

As salam to all my readers..
Last night, i received a sms from my brother..
He got a new daughter on 1050pm..

Alhamdulillah..

Now, i got 16 nieces & nephews..
May Allah SWT give us happiness..

p/s~ This Aidil Fitri with new ~
a) Niece
b) Wife
c) House

Sunday, August 12, 2012

Farina tunang ku...

As salam to all my readers...
Dah lama tak update blog..
Bz wat persiapan raya & kahwin..hehe

Aku nak cite sikit psl tunang ku, FARINA..
Aku kenal x lama..
Tak sampai 3 bulan, aku dah wat keputusan nak kawen dgn dia..
Sbb dia terlalu jujur bg aku..
Tak pernah aku jupe wanita sejujur dia..
Yg special nya, dia tak pernah couple...
Oh!! rugi kalau aku lepaskan dia kat laki2 durjana lain...hahaha

Bro, cantik x?...
Bg aku cantik lah, ala2 hindustan bro..
Dulu aku peminat Priety Zinta..
Now, tidak lagi..
Bye bye Priety Zinta...hehehe

Selepas aku buat keputusan nak kawen..
Dia terus bawa aku jupe family nya..
Aku suka cara mcm ni...
Dan aku terus bagi date, bulan depan nak tunang...
Masa tunang, aku bg date bulan Sept 2012 nak nikah...

Alhamdulillah, Allah SWT mudahkan semua urusan..
Now dah nak bulan Sept..
Cepatnya masa berlalu...
*****************
p/s ~ Doakan kami bahgia ke akhir hayat..Amin

Wednesday, August 1, 2012

30 hari lagi??

As salam guys..
Selamat Berpuasa hari yg ke 12..
18 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri..
Raya tahun ini, amat bermakna dlm hidup aku..
Sebab...

30 hari lagi aku akan menamatkan zaman teruna aku..hehe
Semua orang akan seronok GILERRR bila nak kawen..
Aku pun best GILERRR...hahaha

1/9/2012 adalah hari bersejarah dlm hidup aku..
Aku akan menikah dgn Priety Zinta Farina..
Farina adalah berketurunan Pakistan..

Bro, mcmne ko bleh kenal pompuan pakistan?
Mesti cantik mcm pelakon hindustan kan?
Kalau ada lain, bleh kenalkan kat aku bro?

Itulah soalan yg aku terima..
Bg aku, jodoh adalah Ketentuan Allah SWT..
Aku hanya berdoa & usaha sedikit je..

****************
p/s~Korang nak taw mcmne aku bleh kenal??
Tunggu next entry..

Sunday, July 29, 2012

Manusia & traffic light

As salam & morning guys..
Setiap hari manusia naik kenderaan..
Untuk pergi ke tempat kerja, etc..
Zaman sekarang, tiada jalan raya yg tiada traffic light..
Kdg2, traffic light punca jalan sesak..
Kdg2, tiada traffic light pun punca jalan sesak..
Kesimpulannya, manusia perlukan traffic light di jalan raya..



Pagi td, simpang2 jalan di Kuala Trg tak berfungsi..
Akibatnya, jalan bertambah sesak..
Sebelum ni tak pernah sesak..
Ada yang accident...kesian..
Pesanan aku, BERHATI2 DI JLN RAYA..
p/s~ Best tak kalau traffic light hijau je?
hehehe..

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan..

As salam guys..
Lama x update blog..
Malas + Busy..
Busy bukan sebab keje..
TAPI...
Aku nak kahwin..
Knp? X percaya?
Kalau x caya..tunggu je lah masanya nanti..

Dah masuk Ramadhan pun..
So, aku nk ucapkan Selamat Berpuasa..
Kawal nafsu kita di bulan mulia ini..

Kalau bulan x pose, kita makan byk..
Di bulan pose, jgn lg makan byk plak..

p/s~ See u next time..

Friday, February 10, 2012

Masturat...

As salam to all my friends..
Korang tau tak "APA MAKSUD MASTURAT?"
Korang penah tgk crite ALI BABA 40 PENYAMUN?
"Masturah..margina...mari ke sini"...

Bagus buku ni...
Byk perkara yg perlu dibuat yg selama ini belum buat..
Mudah2 han kekal bahgia sampai ke akhirat..

p/s~Sila cari sendiri apa maksud MASTURAT...

Tuesday, February 7, 2012

Thank you!

As salam to all my friends..
Hari ni..aku check blog aku..
Rupanya, ada orang link kt blognya..
Rasa terharu plak...huhu

Thanks kepada empunya blog..

p/s~Jangan yg link ke handphone..sudah..hehe

Monday, February 6, 2012

"Ayam" Kampung & Bandar

As salam to all my friends..
Kalau korang nak tau..mak aku banyak bela ayam kat kampung..
Ayam Kampung..Ayam Bandar..hehe

So, setiap pagi mak aku lepas solat subuh...
Terus bagi ayam-ayam makan..
Sebelum maghrib plak..
Mak aku panggil ayam-ayam masuk dalam reban..
Itulah aktiviti harian mak aku dengan ayam..

Mak aku tak boleh berpisah dengan ayam..
Anak-anak semuanya dah besar...
Jarang nak bersama dengan mak aku..
Nak buat macam mana mak?

Hari ini aku nak balik ke Terengganu..
Esok bertugas..
Terpaksalah tinggalkan mak aku sekejap..

p/s~Antara "ayam" kampung dengan "ayam" bandar?
Aku lagi suka "Ayam" kampung..hehe

Sunday, February 5, 2012

Miss "H"

As salam to all my friends..
Hari ni aku tak tau nak buat apa...
Cuti lama sangat kt kampung..
Aku pun tengok kereta pertama aku..
Terus ada idea nak repair kereta..

Ni lah kereta pertama aku..
Namanya HONDA..
Ada sapa2 nak beli tak??
Sebenarnya aku tak nak jual pun..hehehe..
Aku sayang kereta ni..
Sebab banyak kenangan aku bersamanya..

Sedang mencari spare part di mudah.com..
Aku berminat nak beli antena HONDA..
Lagi pun antena kereta aku dah patah..
Bukan aku yang patahkan..
Memang aku beli dulu dah patah..
RM150/each..boleh la..

p/s~Aku minat kereta HONDA ni sejak aku sekolah menengah lagi..

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul

As salam to all my friends..
Tomorrow is birthday of Rasulullah SAW..
Today..i bought 2 books about Rasulullah SAW..
i want to learn & practise it..
Book 1 is...how Rasulullah SAW teach his children..
738 pages...
i dont know when i can finish read this book..
Written by Muhammad Nur Abdullah Hafiz Shuaid

Book 2 is..Life & A'mal of Rasulullah SAW..
What Rasulullah SAW doing at home..
How Rasulullah SAW "entertain" his wifes..
How Rasulullah SAW perform Solat Tahajjud..
And More...
Written by Dr Muhammad Abdul Hai..
Total 773 pages...
To long but very interesting..

p/s~Come...perform sunnah Rasulullah SAW

My Lamp for my new house

As salam to all my friends..
Yesterday night...aku pergi ke kedai lampu..
Aku harap..adalah lampu yg aku dpt beli..
Aku berminat dgn jenis lampu ni..

Cantik tak lampu jenis ni?
Harga pun boleh tahan..
RM199/each..

Bottom view..
Cantik tak??

Banyak lagi jenis lampu kat kedai ni..
Kalau ada kawan2 yang nak beli lampu..
Boleh singgah kat kedai ni..
Subang, Shah Alam..

p/s~Aku dah beli 2 unit..
dapat murah sikit je..
RM190/each..

Friday, February 3, 2012

Brisbane Australia

As salam to all my my friends..
Hari ini aku nak cerita pasal Brisbane Australia..
2010..aku dah jejak kaki di Perth Australia..
2012...my brother in law nak jejak kaki di Brisbane Australia..

Ini lah abg ipar aku..
Tak tahu pakaian apa yang nak bawa..
Nasihat aku..Jgn lupa bawa leather jacket & glove..
Aku pun bagilah pakaian berharga aku semasa aku pegi India, Pakistan & Australia..
11 hari abg aku pegi Brisbane...
Baru je bertolak 6 pagi tadi..
Mesti kakak aku & anak-anak buah aku rindu...
Doakanlah supaya selamat pergi & pulang..

Bersabarlah kamu semua...
Ayah kamu bukan nak pegi perang..
Ayah pegi atas urusan kerja..
Insyallah akan pulang nanti..

Ini plak my picture..
At King Park & Botanic Garden, Perth Australia...
Aku dah cakap..
Mesti pakai leather jacket & glove..

p/s~Want visit to Morroco in 2012..insyallah

WUY 521 ?

As salam to all my friends..
Petang tadi, aku nak balik kampung..
Dari Kuala Terengganu ke Kuala Selangor..
Bersama seorang kawan sepejabat...


Tetiba ada sebuah kereta ikut aku dari belakang...
Dari Kuala Terengganu kereta tu ikut aku..
Tapi kat Kuantan baru aku perasan..

Sampai di Kuantan, aku biarkan kereta melepasi aku...
Rupa-rupanya..2 awek plak tu...
PERGHHHH!!!!...meletopp!!!
Awek2 tu siap main horn lagi kat aku...
Aku pun "naik" hangin la...

Aku kejar awek2 tu...
Dari Lebuhraya Kuantan sampai Karak..
Jauh tu!!..~250km (2 jam)
Laju giler awek2 ni drive...
140km/j....

Sampai kat Tol Karak...
Aku pun malas nak kejar lagi..
Aku tak kenal pun awek2 tu...
Yang aku tau..
Kereta MyVi warna kelabu...
Plat nombor WUY 521

p/s~Aku bengang sebab awek2 tu main horn & lambai2 tangan...
GERAMMM!!!!

Thursday, February 2, 2012

Jangan risau di atas perkara yg kita tak boleh buat apa-apa

As salam to all my friends,
Pagi ni..aku dengar sikit motivasi dari Dr. Fadhilah Kamsah..
Di channel THR Pantai Timur..
Tajuknya amat berkesan dalam hidup aku..
Yang selalu senyum sokmo..

Jangan risau perkara yang kita tak boleh buat apa2..
TAPI..
Beri tumpuan pada perkara yang boleh kita buat

Contohnya~

Jangan risau harga petrol naik..
Tapi..
Kita cuba lakukan untuk jimat guna petrol..
Dulu drive laju..ubah drive berhemah..
Dulu seorang drive kereta..ubah kongsi kereta..
So..takdelah stress..

Jangan risau solat kita diterima Allah SWT atau tidak..
Tapi..
Kita tunaikan solat yang terbaik seperti Rasulullah SAW..
Dulu solat bersendirian..ubah solat berjemaah..
Dulu solat lewat..ubah solat di awal waktu selepas azan..
So..takdelah stress..

Jangan risau tentang siapa jodoh kita..
Tapi..
Kita cuba yang terbaik..
Dulu kenal dia seorang..ubah kenal keluarganya..
Dulu jumpa dia seorang..ubah jumpa kelurganya..
Dulu mahu berkawan..ubah mahu berumahtangga bersamanya..
So..takdelah stress..

p/s~Letakkanlah kerisauan kita pada kehidupan akhirat..
kerana tiada jaminan di "sana"..
sama-samalah kita nasihat menasihati...

Wednesday, February 1, 2012

Voucher to Bukit Gambang Water Park

As salam to all my friends,
i got a discount voucher for 6 tickets..
To Bukit Gambang Water Park, Pahang

Normal price for adult = RM28.00/person
Promotion price for adult = RM17.50/person

Normal price for children = RM18.00/person
Promotion price for children = RM10.50/person

Who want this voucher from me?
Please leave your comment here..

p/s~Kalau ada sapa2 nak belanja saya...pun boleh..hehe

Time to "Balik Kampung"

As salam to all my friends...
Start on 3 - 6 Feb 2012...holiday time
Going back my home town
i really miss my mom

p/s~ Make doa for me...amin