My schedule this week~

12/04/2013 ~ Check in Rumbia Resort, Paka

13/04/2013 ~ Cycling in Kerteh

14/04/2013 ~ Dialog with Petronas Gas Berhad, Kerteh

15/04/2013 ~ Director General visit

Thursday, February 2, 2012

Jangan risau di atas perkara yg kita tak boleh buat apa-apa

As salam to all my friends,
Pagi ni..aku dengar sikit motivasi dari Dr. Fadhilah Kamsah..
Di channel THR Pantai Timur..
Tajuknya amat berkesan dalam hidup aku..
Yang selalu senyum sokmo..

Jangan risau perkara yang kita tak boleh buat apa2..
TAPI..
Beri tumpuan pada perkara yang boleh kita buat

Contohnya~

Jangan risau harga petrol naik..
Tapi..
Kita cuba lakukan untuk jimat guna petrol..
Dulu drive laju..ubah drive berhemah..
Dulu seorang drive kereta..ubah kongsi kereta..
So..takdelah stress..

Jangan risau solat kita diterima Allah SWT atau tidak..
Tapi..
Kita tunaikan solat yang terbaik seperti Rasulullah SAW..
Dulu solat bersendirian..ubah solat berjemaah..
Dulu solat lewat..ubah solat di awal waktu selepas azan..
So..takdelah stress..

Jangan risau tentang siapa jodoh kita..
Tapi..
Kita cuba yang terbaik..
Dulu kenal dia seorang..ubah kenal keluarganya..
Dulu jumpa dia seorang..ubah jumpa kelurganya..
Dulu mahu berkawan..ubah mahu berumahtangga bersamanya..
So..takdelah stress..

p/s~Letakkanlah kerisauan kita pada kehidupan akhirat..
kerana tiada jaminan di "sana"..
sama-samalah kita nasihat menasihati...

No comments:

Post a Comment