My schedule this week~

12/04/2013 ~ Check in Rumbia Resort, Paka

13/04/2013 ~ Cycling in Kerteh

14/04/2013 ~ Dialog with Petronas Gas Berhad, Kerteh

15/04/2013 ~ Director General visit

Tuesday, January 1, 2013

Melayan Isteri Dgn Baik di Tahun Baru (2013)

As salam & morning!!....
Aku nak wish selamat tahun baru!!..
Dgn AZAM baru!!..


Ahlia penah tanya aku..
"Knp abang x penah marah?"

Aku hanya diam je...
Bukan xde jawapan, tp susah nak jawab..

************
MELAYANI ISTERI DGN BAIK

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.

Bagi suami yang berlaku adil terhadap isterinya maka ganjaran ALLAH di hari akhirat nanti begitu besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang-orang yang berlaku adil di sisi ALALH nanti akan ditempatkan di atas mimbar-mimbar yang diperbuat dari cahaya dari sebelah kanan al-Rahman 'Azza wa Jalla (ALLAH) lalu Nabi mengangkat tangan kanan-NYA. Orang-orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1827.

****************
p/s~ Sepanjang perkahwinan aku, belum pernah aku marah ahlia tapi byk nasihat je...

No comments:

Post a Comment