My schedule this week~

12/04/2013 ~ Check in Rumbia Resort, Paka

13/04/2013 ~ Cycling in Kerteh

14/04/2013 ~ Dialog with Petronas Gas Berhad, Kerteh

15/04/2013 ~ Director General visit

Saturday, September 10, 2011

Sabar & Ciuman..

Salam & morning...
Last night..before sleep..i read a story...about..

PENDERITAAN YANG DIALAMI ABDULLAH DARI KEKEJIAN RAJA ROMAWI & CIUMAN UMAR R.A PADA KEPALA IBNU HUDZAFAH

Umar Al Khattab telah mengirim pasukan ke Romawi dan di antara mereka terdapat seorang lelaki yang di panggil ABDULLAH BIN HUDZAFAH (atau dikenali sebagai Ibnu Hudzafah) yang termasuk daripada sahabat Nabi SAW. Kemudian tentera Romawi menawannya dan membawanya kepada raja mereka.

Raja Romawi berkata kepada Ibnu Hudzafah, "Mahukah kamu selamat dan aku akan memberi kerajaan & kekuasaanku kepada mu?"

Ibnu Hudzafah menjawab, "Jika engkau memberiku seluruh yang engkau miliki sekalipun dan seluruh yang dikuasai oleh orang-orang arab dengan syarat aku meninggalkan agama Muhamad SAW, maka sekali-kali aku tidak akan melakukannya walau sekelip mata."

Raja Romawi berkata, "Jika demikian, aku akan membunuh mu."

Jawab Ibnu Hudzafah, "Itu hak mu."

Maka Raja itu memerintahkan tenteranya menyalib Ibnu Hudzafah, lalu diperintahkan pemanah-pemanah, "Panahlah dia dekat dengan kedua kaki dan tangannya."

Dengan maksud menakut-nakuti, sementara raja itu terus mendesak Ibnu Hudzafah agar memeluk agama Nasrani (kristian) akan tetapi ditolak mentah-mentah oleh Ibnu Hudzafah.

Selanjutnya, raja memerintahkan untuk menyediakan tempayan besar, dituangkan air ke dalamnya dan dimasak sampai mendidih. Lalu memanggil 2 tawanan Islam yang lain dan memerintahkan agar salah seorang darinya dimasukkan ke dalam tempayan itu sambil terus mendesak Ibnu Hudzafah agar memeluk agama Nasrani.

Akan tetapi Ibnu Hudzafah tetap menolaknya. Akhirnya si raja menyuruh agar Ibnu Hudzafah dimasukkan ke dalam tempayan itu. Ketika dia dibawa pergi, Ibnu Hudzafah telah menangis. Raja fikir Ibnu Hudzafah merasa takut sehingga raja memerintahkan agar tentera-tentera Romawi itu mengembalikannya. Lalu raja menawarkan kepada Ibnu Hudzafah agar memeluk Nasrani. Tetapi Ibnu Hudzafah tetap menolaknya, sehingga raja itu bertanya, "Jadi, apa yang menyebabkan engkau menangis?"

Kata Ibnu Hudzafah, "Yang menyebabkan aku menangis kerana aku berkata kepada diriku sendiri. Seandainya aku dilemparkan ke dalam tempayan itu sebentar saja, maka aku akan segera lenyap. Seandainya boleh, aku mahukan agar setiap helai rambut di badanku menjadi 1 nyawa yang dilemparkan ke dalamnya kerana membela agama Allah".

Raja itu berkata, Apakah engkau mahu mencium kepala ku dan aku membebaskan kamu serta seluruh tawanan Islam?"

Ibnu Hudzafah berkata kepada dirinya, "Dia adalah musuh di antara musuh-musuh Allah, tidak mengapa aku mencium kepalanya asalkan aku & orang-orang Islam dibebaskan".

Lalu Ibnu Hudzafah menghampiri raja itu dan mencium kepalanya. Kerana ciuman Ibnu Hudzafah itu, semua tawanan orang Islam dibebaskan.

Ketika kembali kepada Umar Al Khattab, Ibnu Hudzafah menceritakan apa yang telah terjadi. Umar berkata, "Wajib bagi setiap orang Islam untuk mencium kepala Abdullah Ibnu Hudzafah dan aku yang paling dahulu melakukannya".

Lalu Umar r.a pun berdiri dan mencium kepala Ibnu Hudzafah.

-TAMAT-

p/s~Habis je baca cerita ni...mulut pun dah menguap...oowwhhhh
Lalu

No comments:

Post a Comment