My schedule this week~

12/04/2013 ~ Check in Rumbia Resort, Paka

13/04/2013 ~ Cycling in Kerteh

14/04/2013 ~ Dialog with Petronas Gas Berhad, Kerteh

15/04/2013 ~ Director General visit

Friday, April 12, 2013

Ada apa dengan 14 April?

As salam uoalls...
2 hari lg, tiba 14 April..
Ada apa dengan 14 April dlm hidup aku?..

14 April adalah hari bersejarah dlm hidup aku..
Aku telah buat keputusan untuk berkahwin..
Maka, menangislah anak2 dara yg mengorat aku dulu..
Sebab aku tak pilih diorang..
Hahahaha!!...(poyo plak)
Aku telah bertunang dgn seorang wanita yg telah dipilih oleh Allah SWT..
Dialah jodoh ku semasa aku diciptakan di alam roh lagi..
Alhamdulillah..
1 tahun masa telah berlalu dgn penuh makna..


Kenapa aku pilih bertunang 14 April??
14 April juga adalah tarikh lahir ahlia..

Ahlia dah 26 tahun..
26 tahun ahlia akan bergelar mumy..
Semoga Ahlia selalu bahgia & dimurahkan rezeki..
Amin..

***********************
14 April tak dapat celebrate dgn ahlia...
Aku outstation..
Ya Allah! peliharalah keluarga ku semasa ketiadaanku di sisi mereka..

Thursday, April 4, 2013

Manusia hanya akan bersatu dgn AGAMA ISLAM melalui Sunnah Rasulullah SAW

As salam uolls guys....
 Semalam, PM kita dah umumkan pembubaran parlimen di Malaysia..
So, pas ni byklah ceramah2 politik yang asyik memburukkan org2 lain..
Tak kisahlah dari parti mana pun...
Kesannya, org yg diburukkan akan marah & benci..
Akhirnya, bergaduh & tidak bersatu...

Bak kata org2 alim....
Nak satukan kertas, gunakan gum...
Nak satukan batu, gunakan simen...
Nak satukan kayu, gunakan paku...
Nak satukan kain, gunakan benang...
Nak satukan hati-hati manusia?? mcmne??

Hanya dgn 1 cara, iaitu....
Agama islam melalui mengamalkan sunnah2 Nabi SAW..
TERBUKTI!!
Lihatlah gambar di bawah ni...

Aku copy & paste dari FB Hamka (Kereta Mayat)....
Gambar di atas, Kedua2 tokoh ini berada di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling...
Usaha yg dibuat oleh Nabi SAW adalah usaha "Nubuwwah"
Iaitu menyatukan hati2 manusia dari seluruh dunia hingga akhir kiamat...
Aku doakan suatu hari nnti, semua pemimpin dunia akan dtg pada usaha ini...
Amin...

---------------------------------------
Nak satukan laki & wanita bukan muhrim. mcmne???
NIKAH..
Hehehe..

Sunday, March 31, 2013

Perdana Menteri Malaysia pun datang malam markaz...

As Salam guys...
Tgh aku belek2 paper kat opis td, aku terbaca berita ni...
aku copy paste dari utusan online..


Mula2 aku x bleh bayangkan Dato Seri Najib dtg mlm markaz, Sabtu (30/3/2013) di Masjid Seri Petaling.
Kemudian, aku baca blog Anak Pendang Sekeluarga...
Alhamdulillah...
Aku mohon copy paste beberapa gambar2 PM dari blog Anak Pendang Sekeluarga..

 Kedatangan PM & Menteri Agama, Dato Seri Jamil Khir Baharom disambut dgn hormat..
Lihatlah sifat ikram dari ulama2...

Solat isyak berjemaah di malam markas...
(Aku sgt rindukan suasana ini...)

 Iklan journa dari Abg Hamzah (kalau x silap aku)...
Utk majlis bacaan kisah sahabat2 sebelum tidur...
Aku pernah keluar jalan Allah dgn Abg Hamzah..
Dia jadi amir jemaah...
Rupa2 nya, dialah yang paling byk buat usaha pada VVIP, kerabat2 sultan, anak2 menteri..
 .
Oh!!..i love this picture..
Cara makan simple je...tapi sodapppp!!..hehehe

******************
Ya Allah!! pilihlah aku, keluargaku, sahabat2 ku & seluruh umat Islam utk keluar di Jalan Mu...
Amin.

Monday, March 25, 2013

Amalan semasa baby dlm perut

As salam guys...
Ahlia dah nak masuk 7 bulan..
Baby dalam perut pun dah byk kali tendang2 perut..
Ahlia plak rasa geli bila baby menendang dlm perut...

This week, aku nak pi scan baby..
Nak tau baby tgh wat pe...hihihi
Doakan my baby & ahlia sihat..
Antara amalan2 yang kami buat semasa ahlia hamil ~
a) Mengaji Al Quran setiap hari lps maghrib.
b) Membaca hadis2 Nabi SAW lps maghrib.
c) Membaca kisah2 Nabi, Rasul, Sahabat2 ranhum & tabi'in lps maghrib.
d) Amalkan doa2 masnun (makan, tidur, naik kenderaan etc)
e) Makan kegemaran Rasulullah SAW (kurma, kismis, kekacang etc)

p/s~ aku xtaw lg dpt baby laki atau pompuan....huhuhu

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

24/1/2013 adalah hari Maulidur Rasul..
Aku nak ucapkan kat korang semua Selamat Bercuti..
Sambutlah hari ulangtahun kelahiran Nabi kita secara senderhana..

SEBAB..
Allah SWT tak akan tanya bagaimana kita sambut hari Maulidur Rasul...
TAPI
Allah SWT akan tanya berapa banyak sunnah2 Nabi yang kita amalkan dlm kehidupan kita..

************************
Semalam aku & ahlia pegi scan baby kami...
Baby dah minggu ke 17...
Mengikut perubatan Islam, usia 4 bulan dah dimasukkan roh..
Subhanallah!!!...Maha Suci Allah..
Allahuakbar!!!...Allah Maha Besar..
Aku cuma dpt lihat dgn jelas kepala & tulang belakang je...
Lebih kurang dalam gambar kt bawah ni..

(Ini bukan gambar sebenar...aku copy kat google je)

*******************************
Aku : "Lelaki ke pompuan?"
Ahlia : "tak nampak lagi...kecil lg"

Ahlia : "Abg nak anak jantina pe?"
Aku : "Kalau boleh pilih nak lelaki, no 2 pun lelaki, no 3 pun lelaki."
"No 4-9 pun lelaki, No 10 pompuan...hehehehehe"

Ahlia : "Abggggggg...bagi yg first lahir dulu"
Aku : "kah..kah..kah"

******************************
p/s~ Doakan anak kami lahir dgn selamat & sihat...amin.